Tuesday, March 3, 2009

Dia Lagi...

Kenapa la tiap kali aku dalam kesusahan atau kesakitan, pasti dia akan datang dalam mimpi ini. Masalahnya sekarang bukan untuk tenangkan hati pun. Setiap kali "kau" datang, setiap kali itu juga la aku akan bersedih dan mengenang semua kenangan yang seharusnya sudah lama aku hapuskan daripada memori ku ini.

Kenapa seringkali aku cuba untuk melupakannya, semakin kerap "kau" datang menyapa. Sehinggakan seringkali bila terjaga dari tidur, aku akan tercari-cari di mana gerangannya orang yang sememangnya aku sentiasa rindui...pedih sungguh kenangan yang "kau" tinggalkan buatku.

Apakah yang seharusnya aku perlu lakukan...bantu la aku untuk melupakan dirimu jika benar sesungguhnya engkau tidak memerlukan aku lagi. Janganla "kau" sentiasa datanmg menyapa ku lagi kerana setiap kali itu juga hati ku akan berdenyut kesakitan. Perlahan2 luka yang kau tinggalkan berdarah kembali. Ya Tuhan...berilah aku kekuatan untuk menghadapi dugaan ini.

Sungguh aku sangat mencintai "dia" walaupun kami telah tidak mempunyai apa2 hubungan lagi sekarang. Malang sungguh, kasih sayang kami tercurah pada orang yang salah. Tapi kenapa begitu lemah "kau" menghadapi cabaran ini. Jika dari dulu lagi aku tidak menyambut huluran tanganmu, bagiku itu adalah yang terbaik dari sekarang aku terpaksa menanggung sakitnya. Kenapa harus "kau" memberikan aku harapan sekiranya "kau" sendiri tidak mampu untuk mempertahankan cinta kita.

Memang benar kata orang "Cinta adalah pertaruhan". Ya...aku pertaruhkan hatiku sendiri apabila menerima cinta yang "kau" hulurkan padaku. Andaiku tahu berakhirnya begini cinta yang kita bina...lebih baik kita hanya sebagai kawan biasa untuk selamanya.

Maafkan aku...tidak terniat untuk membenci dirimu namun setiap kali terpandang wajahmu, hatiku bagai disayat sembilu...amat pedih luka ini. Tidak tahu kenapa walaupun telah lama berakhirnya hubungan kita namun sampai ke saat ini, aku masih tidak mempunyai kekuatan untuk bersua muka denganmu lagi.

Sungguh...tipu andainya aku kata tidak rindu padamu. Aku rindu untuk menatap wajahmu. Aku rindu pada gurau sendamu. Aku rindu dengan belai manjamu. Aku rindu pada kasih sayang yang kau berikan...aku rindu dengan perhatianmu...AKU RINDU DIRIMU...andai angin bisa khabarkan rindu ku padanya...

Maafkan aku kerana masih merindui dirimu...bukan aku tidak mencuba melupakan mu...banyak kali. Aku tidak tahu kenapa sampai sekarang masih lagi tidak berdaya. Malah telah banyak kali juga aku mencuba untuk menerima lelaki lain sebagai pengganti mu namun hati ini tidak terbuka untuk menerima cinta yang mereka hulurkan. Aku sengaja menimbulkan kemarahan mereka. Biarlah mereka beranggapan bahawa aku wanita yang tidak sesuai dengan mereka...

Maafkan aku semuanya. Aku belum bersedia untuk menerima cinta lain...tambahan lagi aku takut kisah lama akan berulang lagi...sehingga saat itu, aku tidak mampu memikirkan adakah aku akan kuat untuk menanggung kekecewaan untuk kali kedua.

No comments:

Post a Comment